Tuesday, April 15, 2008

Sedekah Pemangkin Kesejahteraan

1.1Konsep Akidah

1 Sedekah bermaksud memberi barang kepada orang yang memerlukan dengan hati yang ikhlas kerana Allah S.W.T
2 Amalan sedekah adalah amalan yang mulia dan sangat digalakkan dalam ajaran Islam dan diberi ganjaran pahala oleh Allah S.W.T

1.2Amalan Sedekah

1 Setiap orang Islam sama ada kaya atau miskin boleh melakukan amalan sedekah dalam kehidupan sehariannya bagi mencari keredhaan Allah
2 Sesuatu amalan itu dikira sedekah jikalau dilakukan mengikut syarat-syarat yang tertentu.
3 Antaranya ialah:
- bersedekah dengan niat yang ikhlas kerana Allah S.W.T
- boleh memberi manfaat kepada seseorang
4 Terdapat beberapa amalan sedekah yang dinyatakan di dalam hadis Rasulullah S.A.W:
- memberi keadilan antara dua orang yang berselisih faham
- membantu mengangkat barang-barang ke dalam kenderaan seseorang
- mengucapkan perkataan yang baik seperti memberi salam, memberi nasihat dan sebagainya
- berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat juga dikira sebagai sedekah

1.3Adab-Adab Bersedekah

1 Memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan
2 Tidak menghebohkan pemberian tersebut kecuali untuk menggalakkan orang lain bersedekah
3 Barang sedekah seperti wang hendaklah daripada sumber yang halal di sisi Allah S.W.T

1.4Hikmat Bersedekah

1 Sebagai tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah S.W.T
2 Dapat melatih diri seseorang menjadi seorang yang dermawan
3 Memperoleh ganjaran daripada Allah S.W.T
4 Dapat menghindarkan diri daripada sifat kedekut dan bakhil

No comments: