Tuesday, April 15, 2008

Konsep Akidah

1.1Pengertian Akidah
1 Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pengangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pengangan yang kuat
2 Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya berdasarkan dalil nakli dan akli
3 Ilmu akidah pula ialah ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berhubungkait dengan kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah S.W.T
4 Ilmu akidah juga dikenali dengan nama-nama berikut:
- Ilmu Tauhid-ilmu yang membicarakan tentang ketauhidan dan keyakinan tentang keesaan Allah S.W.T
- Ilmu Usuluddin-ilmu yang membicarakan tentang perkara-perkara asas daam agama iaitu keimanan kepada Allah S.W.T
- Ilmu Makrifat-ilmu yang membahaskan tentang sifat-sifat Allah S.W.T
- Ilmu Kalam-ilmu yang mengandung himpunan berbagai-bagai pendapat tentang kalam Allah S.W.T
1.2Ciri-Ciri Akidah Yang Betul
1 Akidah yang betul ialah kepercayaan yang berlandaskan kepada dalil Al-Quran dan As-Sunnah seperti keyakinan terhadap kewujudan Allah S.W.T
2 Ciri-ciri akidah yang betul:
- keimanan dan keyakinan yang teguh terhadap kewujudan Allah S.W.T yang Maha Berkuasa
- kepercayaan dan keyakinan yang berlandaskan pada kitab al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W
- menjauhkan diri daripada segala perbuatan yang merosakkan akidah seperti mensyirikkan Allah S.W.T
1.3Ciri-Ciri Akidah Yang Salah
1 Terdapat juga ciri-ciri akidah yang salah:
- tidak mempercayai tentang ketuhanan atau menafikan kewujudan dan kekuasaan Allah S.W.T
- mempercayai amalan khurafat dan melakukan perbuatan syirik seperti menyembah berhala
- mengamalkan kepercayaan dan amalan yang tidak bersumberkan AL-Quran dan hadis Nabi S.A.W
1.4Tujuan Mempelajari Ilmu Akidah
1 Dapat meyakinkan seseorang tetang kewujudan Allah S.W.T
2 Dapat mengakui tentang kekuasaan Allah S.W.T yang mencipta alam ini
3 Dapat memelihara iman supaya tidak terpesong daripada ajaran yang sebenar
4 Dapat mengenali ajaran akidah yang salah
5 Dapat menolak ajaran sesat dan penyelewengan dalam agama Islam
6 Dapat meningkatkan ketaatan makhluk terhadap Pencipta iaitu Allah S.W.T

No comments: