Tuesday, April 15, 2008

Konsep Akidah

1.1Pengertian Akidah
1 Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pengangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pengangan yang kuat
2 Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya berdasarkan dalil nakli dan akli
3 Ilmu akidah pula ialah ilmu yang membicarakan perkara-perkara yang berhubungkait dengan kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah S.W.T
4 Ilmu akidah juga dikenali dengan nama-nama berikut:
- Ilmu Tauhid-ilmu yang membicarakan tentang ketauhidan dan keyakinan tentang keesaan Allah S.W.T
- Ilmu Usuluddin-ilmu yang membicarakan tentang perkara-perkara asas daam agama iaitu keimanan kepada Allah S.W.T
- Ilmu Makrifat-ilmu yang membahaskan tentang sifat-sifat Allah S.W.T
- Ilmu Kalam-ilmu yang mengandung himpunan berbagai-bagai pendapat tentang kalam Allah S.W.T
1.2Ciri-Ciri Akidah Yang Betul
1 Akidah yang betul ialah kepercayaan yang berlandaskan kepada dalil Al-Quran dan As-Sunnah seperti keyakinan terhadap kewujudan Allah S.W.T
2 Ciri-ciri akidah yang betul:
- keimanan dan keyakinan yang teguh terhadap kewujudan Allah S.W.T yang Maha Berkuasa
- kepercayaan dan keyakinan yang berlandaskan pada kitab al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W
- menjauhkan diri daripada segala perbuatan yang merosakkan akidah seperti mensyirikkan Allah S.W.T
1.3Ciri-Ciri Akidah Yang Salah
1 Terdapat juga ciri-ciri akidah yang salah:
- tidak mempercayai tentang ketuhanan atau menafikan kewujudan dan kekuasaan Allah S.W.T
- mempercayai amalan khurafat dan melakukan perbuatan syirik seperti menyembah berhala
- mengamalkan kepercayaan dan amalan yang tidak bersumberkan AL-Quran dan hadis Nabi S.A.W
1.4Tujuan Mempelajari Ilmu Akidah
1 Dapat meyakinkan seseorang tetang kewujudan Allah S.W.T
2 Dapat mengakui tentang kekuasaan Allah S.W.T yang mencipta alam ini
3 Dapat memelihara iman supaya tidak terpesong daripada ajaran yang sebenar
4 Dapat mengenali ajaran akidah yang salah
5 Dapat menolak ajaran sesat dan penyelewengan dalam agama Islam
6 Dapat meningkatkan ketaatan makhluk terhadap Pencipta iaitu Allah S.W.T

Sedekah Pemangkin Kesejahteraan

1.1Konsep Akidah

1 Sedekah bermaksud memberi barang kepada orang yang memerlukan dengan hati yang ikhlas kerana Allah S.W.T
2 Amalan sedekah adalah amalan yang mulia dan sangat digalakkan dalam ajaran Islam dan diberi ganjaran pahala oleh Allah S.W.T

1.2Amalan Sedekah

1 Setiap orang Islam sama ada kaya atau miskin boleh melakukan amalan sedekah dalam kehidupan sehariannya bagi mencari keredhaan Allah
2 Sesuatu amalan itu dikira sedekah jikalau dilakukan mengikut syarat-syarat yang tertentu.
3 Antaranya ialah:
- bersedekah dengan niat yang ikhlas kerana Allah S.W.T
- boleh memberi manfaat kepada seseorang
4 Terdapat beberapa amalan sedekah yang dinyatakan di dalam hadis Rasulullah S.A.W:
- memberi keadilan antara dua orang yang berselisih faham
- membantu mengangkat barang-barang ke dalam kenderaan seseorang
- mengucapkan perkataan yang baik seperti memberi salam, memberi nasihat dan sebagainya
- berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat juga dikira sebagai sedekah

1.3Adab-Adab Bersedekah

1 Memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan
2 Tidak menghebohkan pemberian tersebut kecuali untuk menggalakkan orang lain bersedekah
3 Barang sedekah seperti wang hendaklah daripada sumber yang halal di sisi Allah S.W.T

1.4Hikmat Bersedekah

1 Sebagai tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah S.W.T
2 Dapat melatih diri seseorang menjadi seorang yang dermawan
3 Memperoleh ganjaran daripada Allah S.W.T
4 Dapat menghindarkan diri daripada sifat kedekut dan bakhil

Mencegah Kemungkaran Tanggungjawab Bersama

1.1Kewajipan Mencegah Kemungkaran
1 Umat Islam bertanggungjawab mencegah setiap kemungkaran yang berlaku dalam sesebuah masyarakat.
2 Cara-cara mencegah kemungkaran:
- mencegah dengan tangan
contoh: ibu bapa dengan anak
polis terhadap orang awam
- mencegah dengan lidah
contoh: memberi nasihat pengajaran dan sebagainya
- mencegah dengan hati
contoh: seseorang menanam perasaan benci terhadap kemungkaran tersebut atau
berdoa agar diri sendiri dilindungi daripada kemungkaran tersebut
1.2Akibat Tidak Mengikut Cara Dakwah Yang Betul
1 Oang Islam yang mencegah kemungkaran dengan cara yang salah akan menimbulkan masalah.
2 Antara masalah-masalah itu:
- masyarakt Islam akan berpecah-belah
- berlaku perselisihan dan pergaduhan
- tanggungjawab amar makruf nahi mungkar tidak berkesan
- nama baik masyarakat Islam akan tercemar
- dakwah tidak dapat sambutan malah dicemuh oleh orang ramai
1.3Kesan Baik Mencegah Kemungkaran
1 Kehidupan masyarakat akan menjadi aman dan damai
2 Dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia
3 Mendapat keredhaan dan kerahmatan Allah S.W.T
4 Perpaduan dapat dipertingkatkan
5 Pembangunan negara berjalan dengan baik dan diredhai Alla S.W.T

Hadis

1.1 Pengertian
1 Bahasa ialah baru, khabar atau berita.
2 Istilah ialah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat baginda Rasulullah S.A.W
3 Hukum mempelajari hadis ialah wajib kepada setiap orang islam.
1.2 Hadis sebagai sumber hukum
1 Al-Quran merupakan sumber hukum yang pertama manakala Hadis merupakan sumber kedua.
2 Fungsi Hadis:
- menjadi pentafsir kepada ayat-ayat al-Quran yang masih mujmal(ringkas)
- mengkhususkan ayat-ayat al-Quran yang masih lagi umum
- sebagai pengukuhan kepada ayat-ayat al-Quran
- menambahkan pengajaran yang tidak terdapat di dalam al-Quran
1.3Perbezaan antara al-Quran dengan Hadis
1 Al-Quran:
- lafaz dan makna daripada Allah S.W.T
- disampaikan melalui malaikat Jibrail kepada Rasulullah S.A.W
- disyaratkan berwuduk ketika memegangnya
- menjadi sumber hukum yang pertama dalam Islam
2 Hadis Nabawi:
- lafaz dan makna daripada Rasulullah S.A.W
- merupakan perbuatan, perkataan dan pengakuan yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W
- tidak disyratkan berwuduk ketika hendak membaca atau menyentuhnya
- menjadi sumber hukum yang kedua
3 Hadis Qudsi:
- lafaz daripada Rasulullah S.A.W dan maknanya daripada Allah S.W.T
- wahyu yang diungkapkan semula oleh Rasulullah S.A.W
- menjadi sumber hukum yang kedua
1.4Perawi Hadis Dan Syarat-Syaratnya
1 Perawi hadis ialah orang yang menerima dan menyampaikan hadis daripada Rasulullah S.A.W
2 Syarat-syarat perawi:
- Islam
- berakal
- baligh
- adil
- kuat ingatan
- berhati-hati dalam meriwayatkan hadis